Buat pau jiwa kena tenang

Hai, assalamualaikum.

Okay , entry kali ni nak cerita tentang macam mana nak buat kuih pau bagi tak kedut sejuta. Ramai ke sebenarnya yang suka makan kuih pau ?
Ramai ke yang pilih kuih pau sebagai juadah sarapan atau minum petang bersama suami dan anak-anak? Ada ke yang masih simpan stok pau frozen kat peti ais dalam rumah sebagai persiapan kalau tetamu datang rumah, terus ambil kukus je. Kan senang? Ada lagi ke ?

Ramai juga yang tanya di fb. Bila saya upload gambar pau je ramai yang tanya macam mana cara nak buatkan kuih pau tu nampak licin , elok , dan berkilat. Ada juga yang bagitau bila buat pau, kulit pau tu jadi kedut kedut. Pau pun nampak tak cantik. Nak makan pun takda selera. Hehe. Comel je kita baca. Hihi

Sebenarnya, pada saya lah kan, dan ini juga pendapat saya, faktor pau jadi kedut sejuta tu ada banyak. Mungkin doh belum betul-betul masak semasa menguli, mungkin wap keluar semasa kukus, mungkin juga terdiri daripada faktor bahan-bahan yang digunakan, mungkin juga terlebih atau terkurang sukatan. Banyak sangat!

Tapi, apa yang nak saya highlightkan, faktor yang membuatkan pau tu kedut sejuta adalah diri sendiri.. Hahahaha. Nampak macam cliche kan? Tapi betul la. Pau ni sejenis yang 'hidup'. Silap sikit je, mesti bentuk atau pau tu dah tak jadi. Tak kisah la sama ada kedut ke, kurang masak ke, boleh jadi juga tu...

Kenapa diri sendiri ?
Sebabnya, kalau nak buat pau, diri sendiri perlu dalam keadaan tenang. Jiwa mesti cool. Tak boleh buat pau dalam keadaan serabut. Nak marah-marah ke, No !! Kalau tidak, confirm akan ada je yang tak kena. Bab lain, mungkin akan jadi faktor ke dua dan seterusnya.

Hati dan jiwa mau tenang dulu. Fikiran pun lapang. Pau pun nanti akan licin dan smooth je. Hehe. Pada yang dah biasa buat pau, mungkin akan faham. Tapi kalau yang baru belajar nak buat, mungkin belum nampak lagi. Ni adalah pengalaman saya sendiri dalam bidang ini.

Resepi nak buat pau, kita boleh je google . Senang je zaman sekarang ni. Semua kt hujung jari. Cubalah anda apply ketenangan jiwa semasa membuat pau, in sha allah.😊

Comments